Mesyuarat Majlis Presiden PH tegang itu biasa, kata anwar

 Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

BANGI - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap ketegangan yang berlaku pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) malam tadi sebagai biasa.

Jelas beliau, apa yang penting bagi dirinya ialah tiada pihak yang mempertikai tentang proses peralihan kuasa akan berlaku antara beliau dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Mesyuarat ini kalau demokratik dia tegang sikit biasalah tetapi saya tidak fikir ia jadi satu isu yang penting kerana tiada orang pertikai tentang transisi dan keputusan kita bahawa Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-7 dan Anwar Perdana Menteri ke-8.

"Cuma (kita bincang) waktu itu keadaan yang sesuai dan kita serah kepada kebijaksaan Dr Mahathir.

"Jadi soal tegang itu saya fikir biasa kalau nak pastikan ada perbincangan tidak panas itu susahlah syaratnya mesti ada kebebasan bersuara," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Himpunan Enam Dekad Keluarga Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di sini hari ini.

Anwar pada sidang akhbar selepas Majlis Himpunan Enam Dekad Keluarga Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di sini hari ini..
Anwar pada sidang akhbar selepas Majlis Himpunan Enam Dekad Keluarga Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di sini hari ini..



ARTIKEL BERKAITAN: Peralihan kuasa terpulang kepada saya, kata Tun M

Lewat malam semalam, Dr Mahathir mengumumkan bahawa Majlis Presiden PH sebulat suara bersetuju membenarkan beliau membuat keputusan bagi peralihan jawatan perdana menteri.

Bagaimanapun difahamkan, berlaku ketegangan dalam mesyuarat itu apabila Bersatu mengugut keluar daripada pakatan tersebut jika Amanah, DAP dan PKR terus mendesak Dr Mahathir.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau telah mengarahkan semua kepimpinan PKR supaya tidak melakukan sebarang serangan dan kecaman terhadap keputusan yang telah dicapai.

"Saya tidak boleh arah parti yang lain tetapi saya boleh gesa mereka supaya hormati keputusan dan tumpuan kita ialah ekonomi dan Covid-19 itu menyebabkan kita ambil keputusan tersebut.

"Jadi saya rayu dan gesa kawan-kawan hormati keputusan ini dan dari segi kepimpinan PKR saya tidak akan benarkan umpamanya serangan dan kecaman terhadap keputusan ini," katanya.