10 peserta Himpunan Rakyat Benci Rasuah sudah dirakam keterangan

Antara penuntut universiti yang dirakam keterangan di IPD Dang Wangi, pada Ahad.
Antara penuntut universiti yang dirakam keterangan di IPD Dang Wangi, pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 10 penuntut universiti telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada 25 Januari lalu.

Kesemua penuntut universiti itu bersama peguam hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, pada jam 1.30 tengah hari, Ahad.

Setiausaha Sekretariat Rakyat Benci Rasuah, Muhammad Zaim Zulkifli Ariff berkata, mereka dipanggil polis untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Muhammad Zaim
Muhammad Zaim

"Kita memberi kerjasama terhadap siasatan tersebut. Sebanyak 27 soalan ditanya, namun kita akan menjawabnya di mahkamah," katanya pada sidang media di hadapan IPD Dang Wangi di sini, pada Ahad.

Beliau berkata, mahasiswa bangkit menyuarakan tuntutan rakyat kerana mahu sebuah negara yang bebas daripada rasuah.

Tambahnya, mahasiswa turun ke jalan bukan kerana mahu mengganggu ketenteraman atau menabur fitnah tetapi kerana amanah perjuangan.

"Jangan biarkan amanah reformasi ini tergadai di tangan mereka yang takut kepada kebangkitan mahasiswa kerana perjuangan menentang rasuah bukan sekadar slogan politik

Artikel Berkaitan:

"Ia adalah tuntutan keadilan dan warisan perjuangan yang tidak akan dikhianati," tegasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman ketika dihubungi berkata, kesemua 10 individu itu hadir bersama lima peguam.

"Mereka selesai memberi keterangan pada jam 2.30 petang," katanya.

Dalam perhimpunan itu, kira-kira 200 peserta telah berarak dari sebuah pusat beli-belah hingga ke Dataran Merdeka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!