Saya kena sabar, kata Anwar

Anwar bersalaman dengan Dr Mahathir pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini sebentar tadi. - FOTO: IZARI ROSLI
Anwar bersalaman dengan Dr Mahathir pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini sebentar tadi. - FOTO: IZARI ROSLI
A
A
A

PUTRAJAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tetap bersabar untuk menunggu giliran diangkat sebagai Perdana Menteri kelapan.

Beliau berkata demikian susulan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memberi sepenuh kuasa kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan mengenai peralihan kuasa tersebut.

"Pendirian kita jelas, tidak ada keraguan, komitmen kita untuk memastikan Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri dapat menjalankan tugas dengan dokongan yang penuh itu tak ada soal.

"Jadi sementara itu saya kena sabar, " katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau secara peribadi turut mencadangkan Dr Mahathir diberi ruang untuk mentadbir.

"Dalam perbincangan berikutnya kita serah, saya sendiri cadang supaya Tun Mahathir diberi ruang mentadbir," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peralihan kuasa terpulang kepada saya, kata Tun M

Terdahulu, Dr Mahathir dalam sidang media sama turut mengesahkan tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri ditetapkan selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Katanya, semua pihak yang menghadiri mesyuarat itu sebulat suara menyerahkan kepada beliau untuk membuat keputusan.

Artikel Berkaitan: