Sultan Pahang berkenan rai sambutan Tahun Baru Cina di Menara 188 Kuantan

Al-Sultan Abdullah dan Tengku Hassanal berkenan membakar mercun yang digantung di menara pada ketinggian 188 meter sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada Sabtu. FOTO SINAR HARIAN.
Al-Sultan Abdullah dan Tengku Hassanal berkenan membakar mercun yang digantung di menara pada ketinggian 188 meter sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada Sabtu. FOTO SINAR HARIAN.
A
A
A

KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan di mercu tanda ikonik, Menara 188 Kuantan pada Sabtu.

Keberangkatan tiba baginda pada jam 10.10 pagi itu diiringi Tengku Mahkota Pahang,Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Baginda dan Tengku Hassanal disambut dengan penuh meriah hampir 400 tetamu yang terdiri daripada pemimpin negeri, ahli perniagaan dan masyarakat setempat.

Al-Sultan Abdullah dan Tengku Hassanal menggaul Yee Sang bersama pemimpin dan komuniti setempat pada sambutan Tahun Baharu Cina di Menara 188 Kuantan pada Sabtu. FOTO SINAR HARIAN.
Al-Sultan Abdullah dan Tengku Hassanal menggaul Yee Sang bersama pemimpin dan komuniti setempat pada sambutan Tahun Baharu Cina di Menara 188 Kuantan pada Sabtu. FOTO SINAR HARIAN.

Turut hadir memeriahkan majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Infiniti Indah, Datuk Indera Omar Naresh Mohan, Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Leong Yu Man serta Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia, Sim Chon Siang.

Al-Sultan Pahang turut berkenan menggaul Yee Sang sepanjang 50 meter bersama tetamu jemputan dan komuniti setempat sebagai tanda kepada keberkatan dan kemakmuran tahun baharu.

Al-Sultan Abdullah menyaksikan letupan mercun yang digantung pada Menara 188 pada Sabtu. FOTO SINAR HARIAN.
Al-Sultan Abdullah menyaksikan letupan mercun yang digantung pada Menara 188 pada Sabtu. FOTO SINAR HARIAN.

Dalam pada itu, baginda turut menyaksikan persembahan tarian singa dan pertunjukan mercun yang menambah kemeriahan majlis.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, sebanyak 50 gerai jualan pelbagai jenis makanan dan barangan tradisional turut dibuka bagi memeriahkan suasana perayaan manakala persembahan kebudayaan Cina turut diadakan yang diakhiri dengan pertunjukan lukisan.

Mengakhiri majlis, baginda berkenan membakar mercun yang digantung di menara pada ketinggian 188 meter.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!