Dua keluarga pindah ke PPS, rumah terjejas tanah runtuh

Tanah runtuh menyebabkan belakang rumah rosak dalam kejadian di Kampung Buang Sayang Segama, Lahad Datu.
Tanah runtuh menyebabkan belakang rumah rosak dalam kejadian di Kampung Buang Sayang Segama, Lahad Datu.
A
A
A

LAHAD DATU - Dua keluarga di Kampung Buang Sayang Segama di sini, diminta berpindah keluar dari rumah susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan tersebut pada pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, bahagian belakang kedua-dua rumah rosak akibat runtuhan tanah tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.47 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 15 kilometer dari BBP Lahad Datu.

Pasukan bomba membuat pemantauan di kawasan tanah runtuh di Kampung Buang Sayang Segama, Lahad Datu.
Pasukan bomba membuat pemantauan di kawasan tanah runtuh di Kampung Buang Sayang Segama, Lahad Datu.

"Pasukan bomba telah melakukan pemantauan dan pemeriksaan, tiada kecederaan dilaporkan.

"Kerja pemasangan sawar-sawar segera dilakukan untuk mengelak pergerakan tanah berlaku secara berterusan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya lagi, penghuni di kedua-dua rumah tidak digalakkan mendiami rumah itu ketika ini sehingga kawasan tersebut dipastikan selamat.

Artikel Berkaitan:

Penghuni rumah dinasihatkan berpindah ke PPS susulan kejadian tanah runtuh di kawasan rumah mereka di Kampung Buang Sayang Segama, Lahad Datu.
Penghuni rumah dinasihatkan berpindah ke PPS susulan kejadian tanah runtuh di kawasan rumah mereka di Kampung Buang Sayang Segama, Lahad Datu.

"Ketika ini, penduduk dalam proses berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) berhampiran sebagai langkah keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

"Operasi ditamatkan pada jam 9.35 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain yang wujud di lokasi kejadian," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!