X

Kindly register in order to view this article
!

[VIDEO] Covid-19: PGA tutup laluan ke pekan Mundok

Papan tanda peringatan sudah lama dipasang berkaitan kesalahan menyeberangi sempadan tanpa dokumen perjalanan yang sah
A
A

RANTAU PANJANG - [DIKEMASKINI] Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu menutup laluan masuk dari negeri ini ke pekan Mundok (Thailand) bagi mencegah penularan koronavirus (Covid-19).

Penutupan laluan itu melibatkan tiga pangkalan haram iaitu Pok Nik, Jitong dan Pohon Stol di sekitar kawasan Kampung Bukit Lata di sini.

Pegawai Gerakan PGA 9, Asisten Superintanden Mohamad Azlee Ismail berkata, usaha itu berikutan pergerakan keluar masuk rakyat negeri ini ke pekan Mundok melalui pengkalan yang tidak diwartakan.

"Ini antara usaha pencegahan yang digerakkan oleh PGA bagi mengurangkan penularan Covid-19," katanya kepada pemberita mewakili Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintanden Nor Azizan Yusof selepas melakukan tinjauan di sebuah pangkalan haram di Kampung Bukit Lata di sini hari ini.

Mohamad Azlee Ismail
Mohamad Azlee Ismail

Turut serta dalam tinjauan itu anggota dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.

Menurutnya, aktiviti menyeberangi sungai Golok dari kawasan Kampung Bukit Lata ke pekan Mundok bertentangan dengan undang-undang negara ini selain membahayakan orang ramai kerana bot yang digunakan tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

Mohamad Azlee berkata, pemilik bot turut dikesan membawa penumpang melebihi kapasiti dan tidak menyediakan jaket keselamatan.

Pekan Mundok kelihatan sunyi apabila penguatkuasaan larangan masuk ke kawasan itu secara tidak sah dikuat kuasakan mulai hari ini..
Pekan Mundok kelihatan sunyi apabila penguatkuasaan larangan masuk ke kawasan itu secara tidak sah dikuat kuasakan mulai hari ini..

"Situasi ini dapat dilihat pada hari 'nat' (pasar minggu) setiap Jumaat.

"Kebanyakan mereka akan menyeberang ke pekan Mundok (Thailand) tanpa dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang yang melanggar peraturan boleh disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) yang boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Anggota PGA Batalion 9 melakukan tinjauan di sekitar pangkalan haram di Bukit Lata.
Anggota PGA Batalion 9 melakukan tinjauan di sekitar pangkalan haram di Bukit Lata.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus