Polis siasat dakwaan isteri Along Cham ditipu

KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat berhubung laporan yang dibuat isteri kepada pelawak Along Cham, Afreena Suhaimi berhubung dakwaan kes penipuan dana.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, laporan dibuat wanita terbabit di Kajang, Selangor.
“Wanita itu buat laporan mendakwa ditipu seseorang.
“Kes berkenaan sedang disiasat polis,” katanya pada Rabu.
Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan Afreena tampil membuat laporan polis pada Selasa selepas mendakwa ditipu seorang individu melibatkan wang sebanyak RM95,180.
Menerusi hantaran di Instagram, Afreena turut menyatakan dirinya yakin bahawa kebenaran akan terungkap selepas laporan berkenaan dibuat.
Terdahulu, media melaporkan, Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mendakwa isterinya itu menyeleweng sumbangan awam hampir RM100,000 yang diterima daripada rakan-rakan artis.
@sinarharianonline Isteri kepada pelawak terkenal Along Cham, Afreena Suhaimi tampil membuat laporan polis pada Selasa selepas mendakwa ditipu seorang individu melibatkan wang sebanyak RM95,180. Menerusi hantaran di Instagram, Afreena turut menyatakan dirinya yakin bahawa kebenaran akan terungkap selepas laporan berkenaan dibuat Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #SinarTerkini #AlongCham
Minimal for news / news suspense(1169746) - Hiraoka Kotaro
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
