Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Along Cham lepas tanpa bebas satu kes dadah

27 Januari 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Pelakon, Along Cham melakukan sujud syukur selepas Mahkamah Sesyen di Sepang pada Isnin, melepaskan tanpa membebaskannya (DNAA) daripada satu pertuduhan memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis ganja, Disember tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Bagaimanapun Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, dituduh semula di Mahkamah Majistret di Sepang, atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah.

Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/709494/berita/semasa/along-cham-sujud-syukur-lepas-tanpa-bebas-satu-kes-dadah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #AlongCham #Kesdadah #DNAA