Isteri Along Cham lapor polis, dakwa ditipu
ISTERI kepada pelawak terkenal Along Cham, Afreena Suhaimi tampil membuat laporan polis pada Selasa selepas mendakwa ditipu seorang individu melibatkan wang sebanyak RM95,180.
Menerusi hantaran di Instagram, Afreena turut menyatakan dirinya yakin bahawa kebenaran akan terungkap selepas laporan berkenaan dibuat.
"Selesai buat laporan polis, seleweng RM100,000? Kebenaran akan menang pada akhirnya,” katanya menerusi hantaran di media sosial berkenaan pada Selasa.
Dalam pada itu, menerusi hantaran sama, isteri kepada pelawak berkenaan turut berkongsi tangkap layar melibatkan seorang pempengaruh yang mendakwa turut menjadi mangsa penipuan individu sama.
Pempengaruh berkenaan sebelum itu menyatakan bahawa dia telah membuat laporan di Balai Polis Setia Alam, Shah Alam.
Pempengaruh itu mendakwa dia memberikan sumbangan sebanyak RM33,000 kepada Afreena sebagai tanda keprihatinan terhadap situasi yang berlaku itu.
Jelasnya, walaupun tidak mengenali Afreena secara peribadi namun tindakan itu dilakukan kerana mahu membantu wanita itu membebaskan suaminya.
"Namun, saya tak campur tangan dalam hal rumah tangga mereka, apa yang pasti, memang ada bukti wang sebanyak RM95,180 masuk ke akaun perniagaan tertentu," katanya.
Sementara itu, Sinar Harian sedang mendapatkan kenyataan rasmi daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang berhubung laporan yang dibuat berkenaan.
Terdahulu, media melaporkan, Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mendakwa isterinya itu menyeleweng sumbangan awam hampir RM100,000 yang diterima daripada rakan-rakan artis.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Along bakal memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap Afreena di Mahkamah Syariah Putrajaya.
Along dan Afreena, 32, mendirikan rumah tangga pada 4 April 2024 selepas lapan tahun menduda.
Sebelum ini, Along pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas Bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4) iaitu Zila Seeron, 35, pada 23 Januari 2010.
Bagaimanapun rumah tangga yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka bercerai pada 13 Ogos 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak Ahmad Daniel Muhammad Nizamudin, 14 tahun.
Pada Selasa, pelakon filem Tiada Tajuk itu membuat sujud syukur di kandang tertuduh selepas Mahkamah Sesyen melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) daripada satu pertuduhan berkaitan pemilikan dadah disyaki kanabis.
Dalam perkembangan berkaitan, Along turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan lain melibatkan pemilikan dan penggunaan dadah.
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 sementara menunggu perbicaraan.
@sinarharianonline Isteri kepada pelawak terkenal Along Cham, Afreena Suhaimi tampil membuat laporan polis pada Selasa selepas mendakwa ditipu seorang individu melibatkan wang sebanyak RM95,180. Menerusi hantaran di Instagram, Afreena turut menyatakan dirinya yakin bahawa kebenaran akan terungkap selepas laporan berkenaan dibuat Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #SinarTerkini #AlongCham
Minimal for news / news suspense(1169746) - Hiraoka Kotaro
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!


