7 maut pentas runtuh

Pentas sementara itu runtuh kerana tidak dapat menampung berat orang ramai yang berdiri di atasnya. Foto PTI
Pentas sementara itu runtuh kerana tidak dapat menampung berat orang ramai yang berdiri di atasnya. Foto PTI
A
A
A

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan lebih 50 lagi cedera apabila sebuah pentas sementara yang dipasang untuk jemaah pada satu perhimpunan agama runtuh di negeri Uttar Pradesh, utara India, pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua, memetik polis tempatan.

Beberapa wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa dalam kejadian yang berlaku di daerah Baghpat, Uttar Pradesh, kata polis.

Pentas sementara itu diperbuat daripada buluh dan kayu. Ia runtuh kerana tidak dapat menampung berat orang ramai yang berdiri di atasnya.

Kekecohan berlaku sejurus selepas kejadian itu. Mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital tempatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!