Tiga maut, empat cedera nahas dua kenderaan di Ledang

Tiga maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan kenderaan SUV di Kilometer 45, Jalan Muar-Segamat berhampiran Estate Gunung Ledang pada malam Jumaat. - Foto JBPM
Tiga maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan kenderaan SUV di Kilometer 45, Jalan Muar-Segamat berhampiran Estate Gunung Ledang pada malam Jumaat. - Foto JBPM
A
A
A

TANGKAK - Tiga orang maut manakala empat lagi cedera dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer (km) 45, Jalan Muar-Segamat berhampiran Estate Gunung Ledang di sini pada malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, dalam kemalangan pada jam 9.55 malam itu dua lelaki yang berusia 53 dan 56 tahun yang merupakan pemandu dan penumpang Proton Wira meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, seorang lagi maut merupakan lelaki berusia 61 tahun yang juga penumpang kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Harrier disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tangkak.

Keadaan kemalangan membabitkan sebuah kereta dan SUV di Kilometer 45, Jalan Muar-Segamat berhampiran Estate Gunung Ledang pada malam Jumaat. - Foto JBPM
Keadaan kemalangan membabitkan sebuah kereta dan SUV di Kilometer 45, Jalan Muar-Segamat berhampiran Estate Gunung Ledang pada malam Jumaat. - Foto JBPM

Tambahnya, empat lagi mangsa masing-masing penumpang Proton Wira, pemandu dan penumpang SUV cedera.

"Kereta terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Segamat ke Kluang manakala SUV pula dari arah Tangkak ke Jementah.

"Sebaik tiba di lokasi, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar tiang lampu di tengah pembahagi jalan.

"Selepas pelanggaran itu, kereta terbabit memasuki laluan bertentangan lalu bertembung SUV," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Tiga lelaki maut maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 45, Jalan Muar-Segamat berhampiran Estate Gunung Ledang, pada malam Jumaat. - Foto JBPM
Tiga lelaki maut maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 45, Jalan Muar-Segamat berhampiran Estate Gunung Ledang, pada malam Jumaat. - Foto JBPM

Dalam pada itu, Roslan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Faszrulhaq Zulkapli di talian 012-2306943 bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, sebuah jentera bersama sepuluh anggota bomba dari Balai Bomba Tangkak segera dikejarkan ke lokasi, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 10.08 malam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!