Hina Nabi Muhammad: Penyanyi rap dihukum mati

Tataloo. Sumber foto dari https://tribune.com.pk/
Tataloo. Sumber foto dari https://tribune.com.pk/
A
A
A

PENYANYI rap yang menghina Nabi Muhammad SAW, Amir Hossein Maghsoudloo atau lebih dikenali sebagai Tataloo, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Iran selepas rayuannya atas tuduhan tersebut ditolak.

Memetik laporan media antarabangsa, penyanyi Iran berusia 37 tahun itu bagaimanapun masih boleh membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Tataloo sebelum ini dihukum penjara lima tahun atas kesalahan penghinaan agama, namun kesnya dibuka semula susulan rayuan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Pemuzik yang membawa genre rap dan pop itu dilaporkan tinggal di Istanbul sejak tahun 2018 sebelum pihak berkuasa Turki menahan dan membawanya pulang ke Iran pada Disember 2023 dan ditahan sejak itu.

Pada Mac 2024, Tataloo dihukum penjara 10 tahun atas dakwaan mempromosikan kandungan tidak bermoral dan merancang propaganda anti-Islam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!