Tahun Baharu Cina: Pasar tani, outlet FAMA beroperasi seperti biasa

KUANTAN - Semua pasar tani dan pasar tani kekal akan beroperasi seperti biasa semasa cuti umum Tahun Baharu Cina pada Rabu serta Khamis ini.
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang dalam satu kenyataan menjelaskan, ia termasuk juga outlet runcit usahawan FAMA seperti Agrobazaar Rakyat dan Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) yang usahawannya bukan berbangsa Cina dan tidak merayakan sambutan ini.
"Pengguna boleh mendapatkan bekalan makanan pada harga berpatutan di lokasi yang berhampiran seperti biasa," katanya pada Selasa.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi talian rasmi FAMA Negeri Pahang di 03-60330006 atau mengunjungi pejabat FAMA berdekatan pada waktu pejabat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

