KKM terima aduan insiden buli berbaur perkauman, budaya kerja toksik

KKM mengesahkan menerima aduan berkenaan insiden buli berbaur perkauman dan budaya kerja toksik di sebuah hospital di Sabah. Gambar hiasan
KKM mengesahkan menerima aduan berkenaan insiden buli berbaur perkauman dan budaya kerja toksik di sebuah hospital di Sabah. Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan menerima aduan yang diterbitkan dalam media sosial dan media tempatan berkenaan insiden buli berbaur perkauman dan budaya kerja toksik di sebuah hospital di Sabah.

Menerusi kenyataan pada Isnin, KKM memaklumkan isu berkenaan telah dirujuk kepada Unit Integriti untuk siasatan dan tindakan susulan akan diambil secepat mungkin.

"Pihak yang berkenaan juga digalakkan membuat laporan rasmi melalui sistem MyHelp untuk membantu siasatan. Perlakuan buli dalam apa jua bentuk dan kategori tiada tempat dalam KKM,” menurut kenyataan itu.

KKM memaklumkan pihaknya mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap buli kerana perbuatan itu bertentangan dengan hasrat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan adil kepada semua.

Tindakan tegas termasuk tatatertib akan diambil terhadap pelaku sekiranya kesalahan dapat dibuktikan, menurut KKM. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!