Empat keadaan, tempat di pejabat punca pasangan curang – Ustazah Asmak Husin

KECURANGAN pasangan banyak berlaku di tempat kerja apabila tidak menjaga batasan pergaulan dan gurauan serta tidak menjaga pandangan mata.
KECURANGAN pasangan banyak berlaku di tempat kerja apabila tidak menjaga batasan pergaulan dan gurauan serta tidak menjaga pandangan mata.
A
A
A

SERING kali kita mendengar pelbagai kisah kecurangan yang berlaku dalam masyarakat terutamanya di tempat kerja sehingga terjadinya pergolakan yang membawa kepada perceraian pasangan suami isteri.

Kesannya, anak-anak dan pasangan menjadi mangsa sehingga terpaksa menguruskan keluarga secara sendirian.

Pendakwah, Ustazah Asmak Husin menjelaskan, pelbagai kisah kecurangan di tempat kerja menunjukkan betapa longgarnya kita dalam berpegang dengan ajaran agama Islam pada hari ini.

USTAZAH ASMAK
USTAZAH ASMAK

“(Itulah yang berlaku) apabila tidak mempedulikan soal pergaulan (antara lelaki dan wanita).

“Begitu juga soal asas dalam Islam iaitu menutup aurat atau minimum menjaga pandangan mata kita,” katanya dalam akaun TikToknya baru-baru ini yang mengupas mengenai drama Curang Tanpa Niat.

Menurutnya, ada empat keadaan dan tempat di pejabat yang sering menjadi punca kecurangan sehingga menyebabkan perkahwinan menjadi porak-peranda:

1 – Pergaulan dalam pejabat

Artikel Berkaitan:

Tidak menjaga pergaulan dan gurauan dalam pejabat antara lelaki dan wanita.

2 – Team building

Kadang-kadang batasan pergaulan dalam team building ini tidak dijaga dan tidak menitikberatkan mengenai status perkahwinan seseorang pekerja.

3 – Pantri

Pantri boleh menyebabkan berlaku kecurangan kerana ia menjadi tempat pekerja berehat, melepaskan lelah dan kadang-kadang meluahkan perasaan kepada rakan sekerja tanpa sedar.

4 – Outstation

Kadang-kadang pekerja lelaki dan wanita tidak kisah untuk pergi outstation berdua.

PERGOLAKAN dalam rumah tangga banyak berlaku apabila pasangan berlaku curang dan tidak jujur. Foto CANVA
PERGOLAKAN dalam rumah tangga banyak berlaku apabila pasangan berlaku curang dan tidak jujur. Foto CANVA

Jadi boleh dilihat bagaimana longgarnya sesebuah polisi yang ada dalam drama ini, ujar Ustazah Asmak dan begitulah juga berlakunya dalam kehidupan kita.

Nasihatnya kepada pihak penerbit drama, cukup-cukuplah buat cerita mengenai kecurangan dan skandal sehingga menyebabkan penonton trigger atau terkesan untuk melakukan perkara tersebut.

“Walaupun mereka tidak suka, tapi jika tengok juga, lama-lama mereka akan terjerumus juga.

“Oleh sebab itu kalau boleh, bawa cerita bagaimana untuk membahagiakan rumah tangga,” jelasnya.

JAGALAH ikatan perkahwinan yang dibina dan jangan sesekali berlaku curang. Foto CANVA
JAGALAH ikatan perkahwinan yang dibina dan jangan sesekali berlaku curang. Foto CANVA

Tambahnya, sebagai contoh, bawalah tema struggle atau susah payah di pejabat dan rumah tapi akhirnya pasangan itu berjaya menjadi sebuah keluarga yang bahagia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!