Dua beradik pengusaha cendawan berjaya

Afizah (kanan) bersama adiknya, Aisyah (kiri) menunjukkan produk cendawan dihasilkan.
Afizah (kanan) bersama adiknya, Aisyah (kiri) menunjukkan produk cendawan dihasilkan.
A
A
A

BESUT - Kesukaran mendapatkan pekerjaan memberi cetusan idea kepada dua beradik dari Kampung Gong Penaga di sini dalam menerokai bidang baharu dengan mengusahakan perniagaan berasaskan cendawan.

Afizah Mat Sulaiman, 35, bersama adiknya, Aisyah Mat Sulaiman, 32, nekad mengusahakan perniagaan tersebut setelah mendapati tanaman cendawan terutama kulat sisir atau cendawan kukur dan cendawan tiram mendapat permintaan tinggi dalam pasaran.

Afizah menunjukkan hasil tanaman cendawan yang diusahakan.
Afizah menunjukkan hasil tanaman cendawan yang diusahakan.

Afizah berkata, pada permulaan beliau mencuba nasib mengusahakan tanaman cendawan tiram pada tahun 2014 dan kemudian menjalankan tanaman kulat sisir serta cendawan jeli hitam di belakang rumah dalam ladang kelapa sawit berkeluasan 1.3 ekar di Kampung Gong Penaga, Jabi, di sini.

“Menerusi pengalaman menjalani latihan industri di sebuah ladang cendawan sebelum ini, saya gunakan pengalaman itu untuk mengusahakan tanaman cendawan dengan menggunakan modal sendiri berjumlah RM2,000 hingga RM3,000 bagi pembelian bahan mentah.

Antara produk cendawan dan bongkah cendawan yang dijual di seluruh negara.
Antara produk cendawan dan bongkah cendawan yang dijual di seluruh negara.

“Pada peringkat awal saya menghasilkan tanaman itu secara kecil-kecilan sebelum adik saya, Aisyah turut serta dalam usaha ini selepas dia berhenti kerja di Ladang Akuakultur Ternakan Udang.

“Sejak itu, kami mengusahakan tanaman cendawan tersebut untuk dijual secara dalam talian dengan jenama dikenali sebagai Kukur Malaya serta dipasarkan secara borong.

“Setiap bulan kami mampu menuai kira-kira 60 kilogram kulat sisir manakala cendawan tiram dan jeli hitam hanya dituai dua atau tiga kali sahaja setahun,” katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Kulat sisir dapat permintaan tinggi

Afizah mengeluarkan produk sambal berasaskan kulat sisir dengan menghasilkan beberapa perisa.
Afizah mengeluarkan produk sambal berasaskan kulat sisir dengan menghasilkan beberapa perisa.

Mengulas lanjut, Afizah menyatakan cendawan yang diusahakan itu sentiasa mendapat permintaan tinggi oleh pembekal dan pelanggan terutama kulat sisir.

“Kulat sisir merupakan antara produk yang mendapat permintaan tinggi dalam pasaran.

"Sebelum ini kulat sisir hanya boleh diperoleh pada musim bah atau musim tengkujuh sahaja tetapi menerusi teknologi yang ada ketika ini, cendawan itu boleh dihasilkan dan didapati sepanjang tahun,” ujarnya.

Afizah menambah kebaikan kulat sisir ini kerana ia mengandungi 'schizophyllan' iaitu agen antitumor dan kanser selain mampu meningkatkan sistem imun serta anti radang.

Dalam usaha menjana lagi pendapatan, Afizah berkata, mereka turut menghasilkan bongkah cendawan yang dijual di seluruh negara.

Beliau berkata, pada peringkat awal bongkah itu hanya kegunaan di kebun cendawannya sahaja namun kini ia mampu menjual kira-kira 5,000 bongkah cendawan pada setiap bulan.

“Menerusi kepakaran dan pengalaman Aisyah yang sebelum ini terlibat dalam bidang pembenihan, kita menghasilkan bongkah cendawan itu untuk dijual.“Jadi proses membuat bongkah itu menggunakan bahan-bahan seperti habuk kayu getah, kapur pertanian, dan dedak padi yang akan dimasukkan mengikut nisbah ditetapkan.

“Kemudian ia digaul sehingga sebati dalam mesin. Selepas itu, campuran tersebut dimasukkan dan dimampatkan ke dalam plastik serta ditutup dengan penutup khas sebelum dikukus selama lapan jam.

“Proses dikukus itu bagi membunuh segala bakteria dan kemudian disuntik benih cendawan serta diperam selama 21 hari,” jelas beliau.Sementara itu, Afizah menyatakan dia turut menghasilkan produk sambal berasaskan kulat sisir.

“Semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020,cendawan-cendawan dihasilkan itu tidak dapat dipasarkan secara langsung.“Jadi lambakan kulat sisir yang diusahakan itu memberi idea kepada saya untuk mencari jalan penyelesaian dengan menghasilkan sesuatu produk baharu iaitu sambal.

“Kebiasaan kulat sisir digoreng atau dijadikan masak lemak oleh masyarakat setempat tetapi apabila melihat teksturnya menyerupai daging setelah dimasak. Ia juga popular dalam kalangan vegetarian sebagai pengganti daging kerana teksturnya seperti daging sekali gus memberi idea kepada saya untuk mencuba masakan lain iaitu menghasilkan sambal tumis kulat sisir,” ujarnya.

Hasilkan sambal kulat sisirSejak dari itu, Afizah mula mengeluarkan produk sambal berasaskan kulat sisir dengan menghasilkan beberapa perisa antaranya kulat sambal tempoyak, sambal hitam dan sambal cili api.

Anak keempat daripada sembilan beradik itu berkata, beliau ambil masa lima hingga enam jam untuk masak sambal bagi memastikan ia tahan lama.

Beliau juga mempunyai mesin retort untuk memastikan ketahanan produk sambal itu tahan melebihi enam bulan sehingga ke setahun.

“Setelah siap dibungkus, sambal itu dijual secara atas talian serta ia dipasarkan di program-program jualan makanan diikuti di seluruh negara.

“Alhamdulillah, sambal ini dapat sambutan menggalakkan dan sehingga kini ia terjual lebih 100 botol dalam tempoh sebulan,” katanya sambil menambah sambal tersebut dijual pada harga RM16 hingga RM20 bagi satu botol mengikut jenis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!