Berang lamaran tak kunjung tiba, wanita mengamuk di rumah teman lelaki

MAMUJU TENGAH - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita mengamuk dan mencederai teman lelakinya kerana kesal lelaki itu tidak kunjung melamarnya.
Kejadian amukan itu berlaku di rumah lelaki itu yang dikenali sebagai Rian di Dusun Tallungallo, Desa Tobada, Kecamatan Tobadak, Sulawesi Selatan pada Rabu lalu.
Wanita dikenali AB itu datang ke rumah Rian sambil membawa senjata tajam lantas merosakkan perabot rumah, motosikal, serta mencederakan kaki Rian.
Menurut Rian, insiden itu bermula selepas AB mendesak supaya dirinya segera dilamar, mengingatkan Rian bahawa ada lelaki lain yang berminat untuk melamar AB.
Rian bagaimanapun mengakui bahawa dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menikah yang akhirnya memicu kemarahan AB.
“Dia marah-marah dan mengamuk, memecahkan beberapa perabot, termasuk melukai kaki saya,” ujar Rian kepada wartawan pada Khamis lalu.
Mengesahkan kejadian itu Ketua Unit Sentra Pelayanan Kepolisian Terpadu (SPKT) Ibu Pejabat Polis Daerah Mamuju Tengah, Yusriandi berkata, kes ini sedang diteliti oleh pihak mereka.
"Kes sedang disiasat secara terprinci oleh pihak kami," katanya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

