Keasyikan 14 lelaki bermain judi holo terencat

Antara peralatan judi dan wang tunai yang dirampas dalam serbuan berkenaan.
Antara peralatan judi dan wang tunai yang dirampas dalam serbuan berkenaan.
A
A
A

SEREMBAN - Keasyikan 14 lelaki bermain judi holo tidak berpanjangan apabila diserbu sepasukan polis di sebuah rumah di Taman Seri Binjai di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, serbuan pada jam 12.01 tengah malam itu dilakukan polis bahagian siasatan jenayah dan telah menahan kesemua suspek yang berusia 34 hingga 62 tahun terbabit.

"Pihak polis turut merampas sebuah meja yang mempunyai lukisan perjudian holo, dua buah dadu, satu piring seramik, satu mangkuk seramik, 12 kerusi serta rampasan wang tunai berjumlah RM19,168.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan kesemua tangkapan telah dibenarkan tahanan reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana menyalurkan maklumat berkenaan kes ini dan dinasihatkan agar terus memberikan kerjasama kepada pihak polis agar jenayah ini dapat ditangani dengan segera," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!