Kilang haram proses e-waste diserbu

Penguat kuasa JAS Pahang melakukan pemeriksaan ke atas kilang haram proses e-waste yang diserbu dalam operasi bersepadu di Pekan pada Sabtu. Foto JAS Pahang
Penguat kuasa JAS Pahang melakukan pemeriksaan ke atas kilang haram proses e-waste yang diserbu dalam operasi bersepadu di Pekan pada Sabtu. Foto JAS Pahang
A
A
A

PEKAN - Sebuah kilang pemprosesan buangan terjadual sisa elektronik (e-waste) haram diserbu Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam operasi bersepadu di sini pada Sabtu.

JAS Pahang berkata, premis terbabit disyaki menjalankan pemprosesan e-waste melalui kaedah peleburan secara haram sehingga menyebabkan pencemaran udara di sekitar Jalan Kuantan-Segamat.

Menurutnya, operasi bersepadu ke atas premis itu turut disertai Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penguat kuasa JAS Pahang menampal notis Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan bagi menghalang premis itu daripada terus beroperasi. Foto JAS Pahang
Penguat kuasa JAS Pahang menampal notis Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan bagi menghalang premis itu daripada terus beroperasi. Foto JAS Pahang

"Hasil pemeriksaan ke atas premis terbabit, 54 unit buangan terjadual telah disita untuk siasatan.

"Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan turut dikenakan bagi menghalang premis itu daripada terus beroperasi," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Menurutnya lagi, kes itu disiasat di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Artikel Berkaitan:

"Jika sabit kesalahan, pihak terlibat berdepan hukuman penjara mandatori tidak melebihi lima tahun dan denda sehingga RM10 juta," ujarnya.

Penguat kuasa JAS Pahang melakukan pemeriksaan ke atas kilang haram proses buangan e-waste yang diserbu dalam operasi bersepadu di sini pada Sabtu. Foto JAS Pahang
Penguat kuasa JAS Pahang melakukan pemeriksaan ke atas kilang haram proses buangan e-waste yang diserbu dalam operasi bersepadu di sini pada Sabtu. Foto JAS Pahang

JAS Pahang turut memaklumkan, dalam operasi itu, JIM Pahang menahan seorang pekerja warga asing untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen.

Sementara itu katanya, orang ramai boleh menyalurkan sebarang aduan pencemaran ke talian bebas tol JAS 1-800-88-2727 atau emel ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di http://eaduan.doe.gov.my.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!