Trump sahkan bom 907.2kg dalam perjalanan ke Israel

Trump Foto AFP
Trump Foto AFP
A
A
A

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh Israel, tetapi tidak dihantar oleh Joe Biden kini dalam perjalanan," lapor Agensi Anadolu (AA).

Ini termasuk penghantaran 1,800 bom MK-84 yang telah tertangguh selama beberapa bulan.

Kenyataan Trump di platform Truth Social itu dibuat susulan keputusan Pentagon untuk menarik balik sekatan terhadap penghantaran 'bom', yang dikenakan pada Mei lepas oleh pentadbiran Biden.

Axios melaporkan bahawa sekatan itu ditarik balik selepas pegawai Israel dimaklumkan oleh Pentagon pada Jumaat.

Bom seberat 907.2 kilogram (kg) itu yang sebelum ini disimpan di AS dijangka dihantar dalam beberapa hari akan datang.

Sekatan yang dikenakan Biden sebelum ini bertujuan membantah tindakan ketenteraan Israel di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza, sehingga mencetuskan satu daripada krisis paling signifikan dalam hubungan AS-Israel semasa serangan Israel ke atas wilayah itu.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah menggunakan kelewatan itu sebagai alat politik dengan mengumpulkan sokongan daripada penggubal undang-undang Republikan Amerika yang mengkritik pendirian Biden, walaupun sekatan itu dilakukan berikutan kebimbangan terhadap potensi korban awam di Gaza. - Bernama-AA

@sinarharianonline

Trump sahkan bom 907.2kg dalam perjalanan ke Israel Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh Israel, tetapi tidak dihantar oleh Joe Biden kini dalam perjalanan," lapor Agensi Anadolu (AA). Ini termasuk penghantaran 1,800 bom MK-84 yang telah tertangguh selama beberapa bulan. #SinarHarian #BeritaTerkini #bom #Donald Trump #Israel

Artikel Berkaitan:

Epic News - DM Production

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!