Keunikan Kelantan, makan budu sepinggan bersama Melayu, Cina, India

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menyifatkan budaya orang Melayu, Cina dan India menikmati budu dalam satu pinggan yang sama sebagai keunikan di negeri ini.
Beliau berkata, keistimewaan dan keharmonian itu perlu dibanggakan.
"Malam ini, saya berkesempatan menghadiri sambutan kebudayaan Tahun Baharu Cina 2025 bertempat di AEON Mall Kota Bharu untuk bersama-sama meraikan perayaan dengan masyarakat Tionghoa dan juga pengunjung yang hadir," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad.

Hadir sama Exco Belia, Sukan dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamaksari Muhamad serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong, Shaari Mat Yaman.
Menurut beliau, sambutan itu diharap terus menjadi platform untuk memperkukuhkan hubungan silaturahim sesama masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!