'Periuk Untuk Jiran' pecahkan stereotaip iklan Tahun Baharu Cina

Iklan pesanan khidmat masyarakat bertajuk ‘Periuk untuk Jiran’ menggarap konsep faham, hormat dan terima yang menjadi resepi keharmonian dalam negara.
Iklan pesanan khidmat masyarakat bertajuk ‘Periuk untuk Jiran’ menggarap konsep faham, hormat dan terima yang menjadi resepi keharmonian dalam negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara melalui Pejabat Menteri Perpaduan memecahkan stereotaip kelaziman iklan pesanan khidmat masyarakat sempena sambutan perayaan itu.

Iklan berpaksikan faham, hormat dan terima berasaskan kepada kepelbagaian agama, bangsa serta amalan masyarakat menjadi salah satu resipi kejayaan Malaysia mengekalkan keharmonian.

Perkara tersebut selari dengan dengan hasrat Kerajaan Perpaduan di bawah gagasan Madani diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menitikberatkan keharmonian dalam hidup silang budaya dan agama di Malaysia.

'Periuk Untuk Jiran' digarapkan menerusi resipi berkenaan turut menyampaikan mesej seni halus yang memberi penerangan mengenai halal dan haram.

Dilakonkan oleh pelakon berpengalaman, Chew Kin Wah yang kini sedang popular di Indonesia turut memberikan impak besar terhadap iklan berkenaan.

Selain itu, pelakon Rosnah Johari juga berjaya membawa watak sebagai Puan Farida yang merupakan ibu kepada Izzul Faiq yang memegang watak Ismail juga terus memberi kesan yang diluar kebiasaan.

Lebih menarik, PKM tersebut turut dilakonkan oleh pelakon mewakili masyarakat kaum India, Sarawak dan Sabah yang menterjemahkan keharmonian menerusi beberapa ucapan Perdana Menteri sebelum ini.

PKM berkenaan mula disiarkan melalui semua saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 24 Januari sehingga 4 Februari 2025, juga boleh ditonton secara dalam talian di Facebook, Instagram dan YouTube Datuk Aaron Ago Dagang serta Kementerian Perpaduan Negara mulai 24 Januari 2025.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!