Bapa dua anak didakwa tipu RM36,050

Muhammad Radzi dibawa ke Mahkamah Majistret Klang pada Jumaat, bagi menghadapi satu pertuduhan menipu untuk mendapatkan RM36,050 daripada seorang lelaki, tahun lalu.
Muhammad Radzi dibawa ke Mahkamah Majistret Klang pada Jumaat, bagi menghadapi satu pertuduhan menipu untuk mendapatkan RM36,050 daripada seorang lelaki, tahun lalu.
A
A
A

KLANG - Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan menipu untuk mendapatkan RM36,050 daripada seorang lelaki, tahun lalu.

Muhammad Radzi Azman, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Amirul Asyraf Abd Rasid.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa dengan curang memperdayakan seorang lelaki berusia 39 tahun untuk menyerahkan wang tunai berkenaan ke akaun bank tertuduh.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah syarikat loji kuasa haba, Kapara di sini, antara 6 Julai dan 5 September 2024 lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nadia Syuhada Rosli mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), James Chan merayu supaya kadar jaminan dikurangkan kerana anak guamnya itu perlu menyara dua anak.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Amirul Asyraf membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 7 April depan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!