Tiga pelajar sekolah ditahan berlumba

Abdullah Roning
Abdullah Roning
A
A
A

KUALA KRAI - Tiga termasuk seorang pelajar pendidikan khas sempat berlumba dua kali di jalan utama daerah ini sebelum ditahan polis di Guchil, pagi semalam.

Ketiga-tiga pelajar yang belajar di dua sekolah berasingan di daerah ini tidak sedar gelagat mereka diperhatikan pegawai serta anggota polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, sekitar jam 10 pagi, Inspektor Mohd Hasrul Isa dan dua anggota membuat pemerhatian menerusi Ops Samseng Jalan di KM65 hingga KM67 mendapati beberapa motosikal dipandu melulu hingga merbahayakan diri dan pengguna jalan raya.

"Pegawai dan anggota terlibat kemudiannya mengekori mereka setelah pelajar terbabit berlumba sebanyak dua kali.

"Kemudian kesemua pelajar terlibat memberhentikan motosikal mereka dan berkumpul di Guchil Tujuh," katanya.

Abdullah berkata, kesemua mereka dibawa ke balai untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, susulan itu, polis turut merampas tiga buah motosikal yang digunakan untuk berlumba.

Dalam pada itu, Abdullah mengingatkan ibu bapa supaya lebih bertanggung jawab terhadap anak masing-masing.

Artikel Berkaitan: