Polis sahkan pistol, peluru ditemui dalam bagasi tidak berdaftar

Naazron
Naazron
A
A
A

KAJANG - Sepucuk pistol dan peluru dalam bagasi yang ditemui polis selepas seorang lelaki dilaporkan terjatuh dari tingkat 12 sebuah bangunan di sini pada Selasa didapati tidak berdaftar.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan.

"Setakat ini kita masih menyiasat, belum ada tangkapan," katanya ringkas ketika dihubungi pada Khamis.

Pada Rabu, media melaporkan polis menerima maklumat berkaitan insiden itu pada jam 12.34 tengah hari.

Seorang lelaki warga tempatan berusia 19 tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Hasil siasatan lanjut, kita menjumpai sepucuk senjata api jenis pistol semi automatik dan peluru di dalam bagasi yang berada dalam kenderaan milik lelaki itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Siasatan berkaitan kes kematian mengejut (SDR) juga sedang dilakukan dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes iaitu Asisten Superintenden Mohamad Hafeez Hamzah di talian 019-6556536 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!