Guru didakwa amang seksual murid 10 tahun

Seorang guru lelaki mengaku tidak bersalah memeluk dan mencium murid sekolah rendah di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru pada Khamis.
Seorang guru lelaki mengaku tidak bersalah memeluk dan mencium murid sekolah rendah di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang guru sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap murid perempuan awal bulan ini.

Tertuduh, Aaron Wong Chen Wen, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal bagi maksud seksual ke atas kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dengan cara memeluk badan dan mencium pipi kanan dan kiri mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di dalam bilik stor kelas reka cipta bentuk dan teknologi di sebuah sekolah rendah di Pasir Gudang kira-kira jam 10.30 pagi pada 1 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama dengan Seksyen 16 akta sama.

Tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Wahida Shahudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nur Farah mencadangkan kepada mahkamah untuk menawarkan jaminan RM20,000 namun tertuduh dalam rayuannya memohon ikat jamin rendah kerana perlu menanggung ibu bapa yang tidak bekerja.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin serta tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan hingga selesai, melapor diri ke balai polis berhampiran dan menyerahkan pasport ke mahkamah.

Tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam ditetapkan pada 27 Februari depan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!