KPKT terus rai keharmonian dalam kepelbagaian kaum

Atas semangat muhibah, lobi utama KPKT bertukar wajah mengikut musim perayaan dengan hiasan menarik.
Atas semangat muhibah, lobi utama KPKT bertukar wajah mengikut musim perayaan dengan hiasan menarik.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus meraikan semangat keharmonian dan perpaduan dalam kepelbagaian kaum dengan menghiaskan lobi kementerian dengan hiasan yang menarik sempena menjelang sambutan Tahun Baharu Cina minggu depan.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, komitmen kementerian untuk meraikan kepelbagaian budaya bagi memupuk perpaduan nasional dalam kepelbagaian.

Menurutnya, sambutan tersebut memainkan peranan penting dalam pengukuhan perpaduan di kalangan rakyat serta menjalinkan silaturahim masyarakat yang berbilang kaum.

"Kami bangga meraikan pelbagai perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baharu Cina.

"Kami berharap agar perayaan seperti ini dapat mempertingkatkan hubungan silaturahim antara kaum serta mengukuhkan lagi keharmonian masyarakat majmuk," katanya.

Tambah beliau, perpaduan dalam kepelbagaian serta keharmonian masyarakat berbilang kaum adalah dua kunci kejayaan negara.

Ujarnya, di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia kini diiktiraf sebagai sepuluh buah negara yang paling aman di dunia.

"Oleh itu, adalah mustahak seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh bersama kerajaan Madani untuk terus membangunkan ekonomi negara.

Artikel Berkaitan:

"KPKT akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina pada 6 Februari 2025, jam 12.30 tengah hari. Semua dijemput untuk bersama-sama kami merayakan Tahun Baharu Cina ini dengan penuh kegembiraan dan keharmonian.

"Kami akan menjemput kumpulan dari pelbagai kaum untuk mempersembahkan tarian singa dan nyanyian lagu bertemakan perayaan Tahun Baharu Cina yang seiring dengan zodiak ular," ujar beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!