Bomba selamat anak kucing tersekat pada singki dapur

Keadaan kucing yang tersekat kepalanya di singki dapur di Taman Pulai Indah, Johor Bahru.
Keadaan kucing yang tersekat kepalanya di singki dapur di Taman Pulai Indah, Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seekor anak kucing yang kepalanya tersekat hampir 24 jam di singki dapur di Taman Pulai Indah di sini berjaya diselamatkan oleh anggota bomba dan penyelamat semalam.

Pegawai Bomba Kanan ll, Suraini Adnan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada jiran belakang rumah tempat singki berkenaan diletakkan pada jam 3 petang semalam.

Menurutnya, tujuh anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai digegaskan ke lokasi bagi membantu anak kucing tersebut.

“Setibanya di lokasi didapati terdapat kucing tersangkut di lubang singki yang tidak digunakan lagi.

“Pada awalnya anggota cuba mengeluarkan anak kucing itu secara manual menggunakan tangan, namun tidak berjaya kerana bahagian telinga kucing tersebut sudah bengkak,” katanya.

Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan anak kucing yang tersekat kepalanya di singki dapur di Taman Pulai Indah, Johor Bahru.
Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan anak kucing yang tersekat kepalanya di singki dapur di Taman Pulai Indah, Johor Bahru.

Menurutnya, berdasarkan keadaan persekitaran, anak kucing itu tersekat hampir sehari.

“Kami menggunakan alatan khas bagi memecahkan singki tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Anak kucing itu tidak mengalami sebarang luka dan kecederaan,” katanya.