Presma rayu perkenal semula sistem pengambilan kerja asing gantian

Jawahar Ali (tengah) ketika sidang media Presma bersama Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) di Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.
Jawahar Ali (tengah) ketika sidang media Presma bersama Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) di Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) merayu kerajaan memperkenal semula sistem pengambilan kerja asing gantian bagi memastikan kelangsungan operasi restoran.

Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, sistem itu bagi membolehkan majikan restoran mengambil pekerja baharu bagi menggantikan kakitangan yang telah tamat kontrak atau pulang negara asal.

Menurutnya, sistem tersebut sebelum ini telah dipraktikkan namun diberhentikan tanpa alasan jelas.

"Selain itu, kami memohon kerajaan mempertimbangkan cadangan untuk naikkan had umur pekerja asing daripada 18 hingga 45 tahun kepada 18 hingga 60 tahun.

"Presma juga berharap agar pelaksanaan sistem levi pelbagai peringkat yang dirancang ditangguhkan buat sementara waktu," katanya ketika sidang media Presma bersama Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) di Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sidang media Presma bersama Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) di Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.
Sidang media Presma bersama Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) di Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing diteruskan sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Beliau berkata, hal tersebut memandangkan jumlah pekerja asing dalam negara setakat 15 September 2024 didapati menghampiri jumlah siling yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Saifuddin Nasution berkata, jumlah pekerja asing dalam negara dipandu oleh ketetapan Kementerian Ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu sebanyak 15 peratus daripada keseluruhan guna tenaga kerja dalam negara.

Dalam pada itu, tambah Jawahar Ali, kekurangan pekerja menjejaskan perniagaan dan sekali gus ekonomi kerana restoran bukanlah industri berdiri sendiri tetapi satu rantaian industri kecil dan sederhana (IKS) yang bergantung antara satu sama lain.

"Sekiranya satu restoran ditutup maka satu rangkaian industri industri juga akan terjejas," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!