Dendam sering dibuli di tempat kerja punca bakar 9 rumah

Fisol menunjukkan siri kebakaran di Kupang, Baling sejak bulan lalu yang bermotifkan dendam.
Fisol menunjukkan siri kebakaran di Kupang, Baling sejak bulan lalu yang bermotifkan dendam.
A
A
A

ALOR SETAR - Siri kebakaran sembilan rumah di Kupang, Baling sejak pertengahan bulan lalu hingga awal bulan ini dipercayai bermotifkan dendam akibat sering dibuli di tempat kerja.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, suspek berusia 23 tahun itu yang juga penduduk Kupang ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam, Isnin lalu.

Katanya, sembilan kes khianat dengan api yang dilakukan suspek yang juga seorang penganggur adalah berpunca daripada perasaan dendam kerana sering dibuli di tempat kerja sebelum ini.

“Suspek juga dipulaukan penduduk setempat dengan sebahagian daripada mangsa dikenali suspek.

“Suspek sebelum ini bekerja di sebuah kilang getah dan berhenti kira-kira tiga bulan sebelum kebakaran pertama,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini pada Rabu.

Menurutnya,modus operandi suspek adalah mencurahkan petrol ke atas motosikal lalu membakarnya sebelum ia merebak ke rumah penduduk.

“Kebakaran sembilan rumah termasuk dua kenderaan dan 18 motosikal melibatkan kerugian RM770,000.

“Suspek direman sehingga Sabtu ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (Akta 574),” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!