Henti tol percuma musim perayaan belum dimuktamadkan, akan dibincang Jumaat ini - Fahmi

Kementerian Kerja Raya memaklumkan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan utama tidak akan diteruskan bermula tahun ini termasuk bagi sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Fahmi)
Kementerian Kerja Raya memaklumkan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan utama tidak akan diteruskan bermula tahun ini termasuk bagi sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Fahmi)
A
A
A

PUTRAJAYA - Keputusan menghentikan tol percuma pada musim perayaan masih belum dimuktamadkan kerana ia akan dibincang dan hanya diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet, Jumaat ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi adalah berpandukan keputusan dasar yang dibuat sebelum ini.

Beliau yang juga jurucakap kerajaan memberitahu, bagaimanapun kerajaan terbuka untuk menerima pandangan daripada pelbagai pihak dan bersedia mengkajinya.

“Kita menghormati perjanjian yang telah ditandatangani namun pada masa sama sedang mengkaji apa yang boleh kita lakukan untuk membantu rakyat.

"Mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu ini, apabila sekembalinya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari lawatan luar negara, insyaALLAH akan membincangkan perkara ini dan kita tunggu apa hasil perbincangan di peringkat Jemaah Menteri," katanya pada Rabu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menjadi panel pada forum "Mengukuhkan Masa Depan: Memanfaatkan Teknologi 5G untuk Memperkukuh Keselamatan Negara" sempena Sidang Kemuncak Pencegahan Jenayah Siber dan Ekspo (AISSE'25) di sini.

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.

Sebelum ini, Alexander memaklumkan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan utama tidak akan diteruskan bermula tahun ini termasuk bagi sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pemberian tol percuma itu mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Jelasnya, kerajaan memutuskan tahun lepas adalah kali terakhir pentadbiran memberi subsidi kepada pengguna lebuh raya untuk melakukan perjalanan tanpa tol pada hari tertentu semasa perayaan besar.

Tambahnya lagi, keputusan itu selaras dengan dasar kerajaan perpaduan untuk menamatkan subsidi menyeluruh yang memihak kepada mereka yang disasarkan kepada isi rumah berpendapatan rendah dan kumpulan yang terdedah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!