Kelantan naikkan elaun pengayuh beca RM500 sebulan

Mohd Nassuruddin dibawa menaiki beca sempena Kerajaan Kelantan mengumumkan kenaikan elaun pengayuh beca daripada RM100 ke RM500 setiap bulan bermula Januari ini. Foto MB
Mohd Nassuruddin dibawa menaiki beca sempena Kerajaan Kelantan mengumumkan kenaikan elaun pengayuh beca daripada RM100 ke RM500 setiap bulan bermula Januari ini. Foto MB
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menaikkan elaun pengayuh beca daripada RM100 ke RM500 setiap bulan bermula Januari ini.

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, ia bertujuan menghargai jasa serta kegigihan golongan berkenaan sebagai duta kecil pelancongan Kelantan.

"Kami (Kerajaan Kelantan) sentiasa prihatin serta menitikberatkan kebajikan rakyat dengan memperkenalkan pelbagai skim bantuan termasuk kepada pengayuh beca.

Mohd Nassuruddin (kanan) menyampaikan sumbangan kepada pengayuh beca sempena Majlis Penyampaian Bantuan Pengayuh Beca Negeri Kelantan 2025. Foto MB
Mohd Nassuruddin (kanan) menyampaikan sumbangan kepada pengayuh beca sempena Majlis Penyampaian Bantuan Pengayuh Beca Negeri Kelantan 2025. Foto MB

"Saya menganggap mereka sebagai duta kecil pelancongan negeri dan telah memainkan peranan penting dalam membantu mempromosikan keunikan budaya dan warisan Kelantan kepada pelancong," katanya sempena Majlis Penyampaian Bantuan Pengayuh Beca Negeri Kelantan 2025 di sini pada Rabu.

Pada majlis tersebut, seramai 13 daripada 15 penarik beca yang berdaftar menerima elaun RM500 serta bantuan barangan dapur.

Menurut beliau, diharap inisiatif ini dapat membantu meringankan beban mereka sekali gus menyokong sektor pelancongan Kelantan.

Artikel Berkaitan:

Seramai 13 daripada 15 penarik beca yang berdaftar menerima elaun RM500 serta bantuan barangan dapur sempena Majlis Penyampaian Bantuan Pengayuh Beca Negeri Kelantan 2025. Foto MB
Seramai 13 daripada 15 penarik beca yang berdaftar menerima elaun RM500 serta bantuan barangan dapur sempena Majlis Penyampaian Bantuan Pengayuh Beca Negeri Kelantan 2025. Foto MB

Sementara itu, Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, setakat ini jumlah pengayuh beca hanya sekitar 15 sahaja jika dibandingkan sebelumnya 17 orang.

Ujarnya, penting untuk negeri ini melestarikan beca sebagai ikon pelancongan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!