Real Madrid masih berpeluang mara - Ancelotti

Ancelotti
Ancelotti
A
A
A

JUARA 15 kali Real Madrid masih berpeluang untuk memastikan berada dalam kedudukan lapan teratas dalam Liga Juara-Juara walaupun kini berada di kedudukan ke-20 dengan berbaki dua perlawanan lagi.

Bagaimanapun jelas pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti perlu memenangi dua perlawanan terakhir menentang Salzburg diikuti Brest untuk mara ke pusingan 16 terbaik tanpa perlu mengharungi playoff.

“Tiada banyak pilihan selain memenangi dua baki perlawanan bermula dengan esok sebelum saingan peringkat kumpulan berakhir.

“Perlawanan esok adalah penting bagi pasukan dan kita akan cuba bermain dengan baik.

“Namun sekiranya terpaksa bermain fasa kalah mati, kami akan bermain dengan sepenuh hati biarpun jadual akan menjadi lebih mencabar,” katanya.

LIGA JUARA-JUARA

KHAMIS (23 JANUARI)

RB Leipzig lwn Sporting Lisbon, 1.45 pagi

Artikel Berkaitan:

Shakhtar Donetsk lwn Brest, 1.45 pagi

Sparta Prague lwn Internazionale Milan, 4 pagi

Feyenoord Rotterdam lwn Bayern Munich, 4 pagi

Arsenal lwn Dinamo Zagreb, 4 pagi

AC Milan lwn Girona FC

Paris Saint-Germain lwn Manchester City, 4 pagi

Real Madrid lwn RB Salzburg, 4 pagi

Celtic lwn Young Boys, 4 pagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!