Pengantin disambut rombongan 'Squid Game'

NIGERIA - Populariti 'Squid Game' dijadikan inspirasi di Nigeria apabila sekumpulan rombongan pengantin memakai pakaian kostum drama bersiri dari Korea Selatan itu baru-baru ini.
Ciapan mengenai majlis perkahwinan unik itu tular di media sosial TikTok@mercyslifestyle.
Dalam video itu, beberapa orang wanita memakai kostum anak patung 'Squid Game', Youngjee dengan baju berwarna kuning manakala gaun oren serta berambut tocang kembar.
Ada juga ahli rombongan memakai baju sukan mirip peserta siri drama itu dengan warna hijau, pengurusnya permainan dengan baju dan topeng berwarna hitam manakala pekerjanya berwarna merah jambu dan juga bertopeng hitam.
Video perkahwinan yang dimuat naik menggunakan konsep siri popular Korea Selatan ini telah menjadi viral dan telah ditonton lebih tujuh juta kali.
Sejak pertama siri kali dikeluarkan dalam Nexflix, Squid Game telah menarik jutaan penonton di seluruh dunia dengan plotnya yang penuh dengan kejutan.
Bagaimanapun, sirinya yang memasuki musim kedua dikatakan kurang popular berbanding musim pertama. - Agensi
@sinarharianonline Populariti 'Squid Game' dijadikan inspirasi di Nigeria apabila sekumpulan rombongan pengantin memakai pakaian kostum drama bersiri dari Korea Selatan itu baru-baru ini. Ciapan mengenai majlis perkahwinan unik itu tular di media sosial TikTok@mercyslifestyle. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian#SinarTerkini#Squidgame#MajlisKahwin#nigeria SQUID GAME 2 - Kaprim Beats
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
