Hari kedua gencatan senjata, lebih 900 trak masuk Gaza

Penduduk Palestin melihat trak yang membawa bantuan kemanusiaan dibawa masuk ke bandar Rafah, selatan Gaza pada Isnin sehari selepas perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas. Foto AFP
Penduduk Palestin melihat trak yang membawa bantuan kemanusiaan dibawa masuk ke bandar Rafah, selatan Gaza pada Isnin sehari selepas perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas. Foto AFP
A
A
A

LEBIH 900 trak yang membawa bantuan kemanusiaan memasuki Gaza pada Isnin, melebihi sasaran harian yang ditetapkan dalam perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.

Pejabat Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan, bantuan kemanusiaan terus bergerak ke Semenanjung Gaza sebagai sebahagian lonjakan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa yang terselamat.

"Sebanyak 915 trak menyeberang ke Gaza, menurut maklumat yang diterima melalui penglibatan pihak berkuasa Israel dan penjamin untuk perjanjian gencatan senjata," menurutnya.

Sepanjang konflik di Gaza, PBB telah mengecam halangan yang menyekat aliran dan pengagihan bantuan ke wilayah Palestin yang dilanda bencana.

Pada hari pertama gencatan senjata berkuatkuasa, sebanyak 630 trak yang membawa bantuan kemanusiaan dilapor telah memasuki Gaza.

Gencatan senjata selama 42 hari antara Israel dan Hamas bertujuan untuk membolehkan bantuan masuk ke Gaza selepas 15 bulan berdepan perang.

Perjanjian gencatan senjata memerlukan 600 trak untuk menyeberang ke Gaza setiap hari. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!