Porto pecat Bruno selepas kekalahan berturut-turut liga

GERGASI Portugal, Porto FC memecat pengendali Vitor Bruno, kata kelab itu pada Isnin selepas kekalahan berturut-turut kepada Nacional dan Gil Vicente.
Porto pemenang dua kali Liga Juara-Juara kini di tempat ketiga Liga Primeira selepas 18 perlawanan.
Bruno direkrut pada Jun 2024 menandatangani perjanjian dua tahun menggantikan Sergio Conceicao yang meninggalkan kelab selepas tujuh musim.
Conceicao mencipta impak kepada Porto apabila memenangi 11 kejuaraan, termasuk tiga kejuaraan liga Portugal.
Perkembangan terkini itu menyaksikan Porto kelab ke-12 bertukar pengurus musim ini.
Satu lagi jagoaan Portugal, Benfica juga memecat Roger Schmidt dari Jerman selepas dua kempen pada Ogos.
Sementara itu, Sporting Lisbon pula kehilangan Ruben Amorim kepada Manchester United pada November.
Hubungan Bruno dengan pemain bertukar keruh selepas Porto tersingkir Piala Liga berikutan kekalahan 1-0 kepada Sporting pada separuh akhir.
Situasi bertambah buruk apabila pemain tengah Pepe mengkritik Bruno di media sosial.
INFO
Porto antara daripada 32 pasukan yang layak ke Piala Dunia Kelab 2025 di Amerika Syarikat dari 15 Jun hingga 13 Julai, akan menentang Olympiacos dalam Liga Europa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!