Zaidatul mahu hantar pemain hoki wanita beraksi luar negara

Zaidatul Syukriah
Zaidatul Syukriah
A
A
A

CALON Naib Presiden (Wanita) Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL), Zaidatul Syukriah Abdul Malik positif untuk menyumbang tenaga dan idea baharu dalam badan induk tersebut dipilih pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang bakal berlangsung pada Sabtu ini.

Malah Zaidatul juga berharap AGM akan berlangsung dengan lancar itu, optimis untuk merebut kerusi naib presiden bagi merealisasikan beberapa agenda penting sukan hoki Kuala Lumpur.

“Saya tidak sabar untuk bertanding memandangkan yang sebelum ini ditangguhkan. Yang pasti sekiranya saya menang posisi yang saya dicalonkan tumpuan utama saya adalah untuk memberi fokus kepada pasukan hoki wanita Kuala Lumpur.

“Program akar umbi akan terus diberi perhatian selain daripada menghantar pemain wanita yang berpotensi untuk bermain di kelab luar negara. Ini bagi membolehkan mereka menimba pengalaman dan melahirkan pemain wanita dari Kuala lumpur yang lebih kompetatif,matang dan berkemampuan mewakili negara,” katanya pada Isnin.

Pemain dan jurulatih Pembangunan Remaja Hockacademy berusia 36 tahun itu juga berkata, semua pemain di bawah PHKL akan ditawarkan untuk perlindungan insuran.

“Kami akan menyediakan insuran kepada semua pemain tanpa mengira usia, terutamanya bagi pasukan wanita.

“Saya ingin melihat lebih ramai lagi pemain-pemain wanita terlibat dalam sukan hoki, seiring dengan kemahuan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mahu mengangkat golongan wanita ke tahap lebih baik dalam bidang sukan.

“Untuk itu, kita perlukan ‘pool’ pemain muda yang besar, bermula di peringkat akar umbi untuk diketengahkan ke platform yang lebih baik,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebagai rekod,kerusi naib presiden (wanita) bakal menyaksikan persaingan dua penjuru Zaidatul Syukriyah Abd Malik berdepan dengan Hebzibah Sudin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!