Zionis terus bedil Genting Gaza

Kepulan asap tebal memenuhi ruang udara di utara Genting Gaza pada pagi Ahad. - Foto Agensi
Kepulan asap tebal memenuhi ruang udara di utara Genting Gaza pada pagi Ahad. - Foto Agensi
A
A
A

GENTING GAZA - Rejim Zionis pada Ahad meneruskan kempen pengeboman ke atas Genting Gaza ketika penangguhan gencatan senjata di wilayah itu.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menyatakan serangan udara dan artileri itu kononnya menyasarkan sejumlah sasaran milik musuh.

Agensi pertahanan awam bagaimanapun memaklumkan bedilan ganas tersebut telah meragut 19 nyawa orang awam manakala lebih 36 cedera dalam tempoh tiga jam.

“Serangan itu menyasarkan kawasan utara dan tengah Gaza,” ujar jurucakapnya, Mahmud Bassal.

IDF sekali lagi memberi amaran kepada penduduk Gaza yang mahu kembali ke kampung halaman masing-masing supaya tidak menghampiri zon penampan atau lokasi penempatan pasukan mereka.

“Tindakan berpindah dari selatan ke utara melalui Lembah Gaza hanya akan membahayakan nyawa,” kata jurucakapnya, Avichay Adraee menerusi Telegram. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!