Hamas umum nama 3 tawanan Israel yang akan dibebaskan

Senarai 34 nama tebusan Israel yang ditahan di Gaza yang boleh dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata - Foto:
Senarai 34 nama tebusan Israel yang ditahan di Gaza yang boleh dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata - Foto:
A
A
A

ANKARA - [DIKEMAS KINI] Kumpulan Palestin Hamas mengumumkan nama tiga tawanan wanita Israel yang akan dibebaskan pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik media tempatan.

Abu Obaida, jurucakap sayap bersenjata Hamas, Briged Al-Qassam mengenal pasti tiga tawanan itu sebagai Romi Gonen, 24, Emily Damari, 28, dan Doron Steinbrecher, 31.

Perjanjian gencatan senjata itu berkuat kuasa pada jam 11.15 pagi (0915GMT) Ahad, selepas beberapa jam tertangguh susulan dakwaan Israel terhadap Hamas yang dikatakan melambatkan penghantaran senarai tawanan yang akan dibebaskan.

Ia pada asalnya dijadualkan bermula pada jam 8.30 pagi (0630GMT).

Hampir 47,000 orang telah terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 110,700 yang lain cedera dalam konflik sejak 7 Oktober 2023, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!