Dua nelayan warga Indonesia maut terhidu gas ammonia

Dua nelayan warga Indonesia maut selepas terhidu gas disyaki ammonia yang bocor di dalam sebuah bot pukat tunda di Jeti Nelayan Jalan 4 Bagan Sungai Besar di sini petang tadi.
Dua nelayan warga Indonesia maut selepas terhidu gas disyaki ammonia yang bocor di dalam sebuah bot pukat tunda di Jeti Nelayan Jalan 4 Bagan Sungai Besar di sini petang tadi.
A
A
A

SABAK BERNAM - Dua nelayan maut manakala dua lagi cedera selepas terhidu gas beracun disyaki gas ammonia yang bocor di dalam sebuah bot pukat tunda di Jeti Nelayan Jalan Bagan Sungai Besar di sini petang tadi

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Norazam Khamis berkata, siasatan di lokasi sudah dibuat dan gas beracun itu disyaki gas ammonia.

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat kejadian membabitkan semua mangsa warga Indonesia itu pada jam 5 petang tadi.

"Seramai 35 anggota pelbagai pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Rawang serta Shah Alam dikerah ke lokasi kejadian," katanya.

Norazam berkata, pihaknya yang menjalankan pemeriksaan memastikan ruang bot dan di luar bot bebas daripada sebarang pencemaran gas yang boleh mengancam nyawa.

"Malah, kita juga berjaya menutup injap saluran berkaitan di dalam bot tersebut.

"Operasi mengangkat dua mayat itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi ini tamat sepenuhnya kira-kira jam 9.40 malam tadi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan dua nelayan warga asing maut manakala dua lagi cedera selepas terhidu gas belum dikenal pasti yang bocor di dalam sebuah bot pukat tunda di Jeti Nelayan Jalan 4 Bagan Sungai Besar petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kejadian jam 2.50 petang berlaku mengakibatkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Erinda Panjaitan, berusia lingkungan 20-an dan Sapriyal berusia lingkungan 30-an.

Mangsa yang cedera ialah bapa kepada Sapriyal, Anuar Butet, 50, dan Herry, 23 dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk tindakan lanjut.