Remaja lelaki didera nenek sebab enggan cuci baju

Remaja lelaki didera teruk hingga lebam seluruh badan dalam kejadian di Nusa Tenggara Timur, Indonesia. - Agensi
Remaja lelaki didera teruk hingga lebam seluruh badan dalam kejadian di Nusa Tenggara Timur, Indonesia. - Agensi
A
A
A

KUPANG - Gara-gara tidak membasuh baju, seorang remaja lelaki didera neneknya sehingga cedera di seluruh badan dalam kejadian di Kampung Noelbaki, Kecamatan Kupang Tengah, Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

Insiden itu tular di beberapa platform media sosial dan WhatsApp sehingga polis terpaksa mengambil tindakan terhadap kes tersebut.

Video berdurasi 29 saat yang diperoleh Kompas.com menyaksikan remaja lelaki tanpa berbaju sedang duduk atas kerusi plastik merah.

Terdapat tanda luka dan lebam di bahagian dada, tangan, lengan, belakang, pinggang dan kepala. Turut kelihat kesan darah di bahagian belakang dan pinggang.

Ketua Sektor Polis Kupang Tengah (Kapolsek), Inspektor Dua, Muhammad Ciputra Abidin berkata, kes itu terbongkar selepas orang ramai membuat laporan berkenaan video yang tular di media sosial.

Jelasnya, insiden itu menimpa mangsa yang dikenali sebagai G yang tinggal bersama neneknya, OH sejak kecil.

"Kami menerima laporan daripada orang ramai dan segera ke lokasi di Kampung Noelbaki dan hasil siasatan di lokasi kejadian, Ketua RT 49, Barnabas Natun, mengesahkan kejadian itu,” kata Muhammad Ciputra sambl menambah kejadian berlaku pada 12 Januari lalu pada jam 3 petang (waktu tempatan).

Tambahnya, mangsa mengalami lebam di bahagian belakang akibat didera selepas tidak mengendahkan permintaan neneknnya untuk membasuh pakaian.

"Ibu kandung mangsa sudah meninggal dunia manakala bapanya berhijrah ke Ambon.

Artikel Berkaitan:

"Dia juga tinggal bersama abangnya yang lumpuh manakala adik perempuannya berusia lapan tahun menghidap penyakit anemia (kekurangan sel darah merah)," jelasnya.

Nenek berusia 70 tahun bekerja sambilan untuk menyara tiga beradik itu seleas suaminya dimasukkan ke hospital akibat kanser perut.

"Keluarganya tidak membuat laporan polis tas faktor wanita itu sudah berusia dan hidup susah," katanya. - Agensi

@sinarharianonline

Remaja lelaki didera nenek sebab enggan cuci baju #fyp #Global #Remaja

News, news, seriousness, tension(1077866) - Lyrebirds music

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!