'All Rider Kapcai Festival' kecoh gara-gara kemalangan

Video tular memaparkan sekumpulan penunggang motosikal sedang bertengkar.
Video tular memaparkan sekumpulan penunggang motosikal sedang bertengkar.
A
A
A

SERDANG - Pergaduhan sekumpulan individu di 'All Rider Kapcai Festival' dipercayai berpunca daripada kemalangan melibatkan dua pihak yang hadir ke festival tersebut di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya terkesan satu video tular durasi 34 saat di TikTok yang memaparkan sekumpulan remaja terlibat dalam pergaduhan kecil semasa menunggang motosikal.

"Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada kemalangan melibatkan dua pihak yang hadir ke festival tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Norhizam berkata, setakat kini, tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak yang terlibat.

"Bagaimanapun, kita akan mendapatkan penjelasan daripada pihak penganjur," katanya.

Video yang tular itu telah dikongsi sebanyak 3,504 oleh pengguna laman sosial TikTok.

Mengulas lanjut Norhizam berkata, pihaknya akan terus mempergiatkan pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menggugat ketenteraman awam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!