Remaja lelaki maut jatuh dari tingkat 14 pangsapuri

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri. Foto Bomba
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri. Foto Bomba
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, seorang tukang cuci yang sedang menyapu lantai di pangsapuri berkenaan ternampak lelaki tersebut disyaki terjatuh dari tingkat 14 di pangsapuri berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd mengesahkan kejadian itu dan berkata, setakat ini tiada unsur jenayah dalam insiden berkenaan namun siasatan lanjut masih dijalankan.

"Berdasarkan temu bual bersama rakan mangsa, lelaki itu berasal dari Machang, Kelantan dan menginap di tingkat 14 di pangsapuri tersebut.

"Tiada unsur jenayah ditemui namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.

Azli berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!