Empat lagi pegawai, bekas pegawai bank ditahan

Kesemua suspek disyaki menerima rasuah sebagai balasan membantu memproses dan meluluskan permohonan pinjaman peribadi yang dikemukakan sebuah syarikat perunding kewangan.
Kesemua suspek disyaki menerima rasuah sebagai balasan membantu memproses dan meluluskan permohonan pinjaman peribadi yang dikemukakan sebuah syarikat perunding kewangan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Empat lagi individu masing-masing dua pegawai dan dua bekas pegawai institusi perbankan ditahan reman Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat.

Sumber berkata, kesemua mereka ditahan kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan membantu memproses dan meluluskan permohonan pinjaman peribadi yang dikemukakan sebuah syarikat perunding kewangan.

Kata sumber, perintah reman selama lima hari sehingga Rabu dikenakan ke atas masing-masing dua suspek lelaki dan wanita berusia lingkungan 20 hingga 30-an.

"Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada pagi ini (Sabtu).

Dua suspek wanita dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada pagi Sabtu.
Dua suspek wanita dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada pagi Sabtu.

"Keempat-empat suspek ditahan kira-kira jam 4 petang semalam (Jumaat) ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya," katanya pada Sabtu.

Sumber berkata, SPRM telah menerima beberapa aduan dan maklumat berkaitan kegiatan rasuah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai institusi perbankan yang membantu memproses serta meluluskan permohonan pinjaman peribadi pelanggan melalui sebuah syarikat perunding kewangan.

Katanya, pegawai institusi perbankan tersebut dipercayai menerima rasuah daripada syarikat perunding kewangan yang bertindak menyediakan dokumen mengandungi maklumat palsu pelanggan yang ingin membuat pinjaman peribadi.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu menurutnya, di mahkamah sama, Irza Zulaikha juga membenarkan permohonan sambung reman selama empat hari sehingga Selasa terhadap lima suspek lelaki yang ditahan SPRM sebelum ini pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan tangkapan terhadap empat lagi suspek kes berkenaan dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, tujuh individu lain yang sebelum ini turut ditahan reman pada Rabu telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!