Pengembaraan penuh warna-warni

Paddington membawa keluarga Brown ke tempat asalnya di Peru.
Paddington membawa keluarga Brown ke tempat asalnya di Peru.
A
A
A

BAGI peminat setia beruang coklat bernama Paddington, kisahnya menggembara ke Kota London bagi bertemu penggembara British sehingga bertemu keluarga Brown barangkali bukan asing lagi.

Terbaharu, dalam siri ketiga filem itu, Paddington akhirnya kembali ke tempat asalnya, Peru selepas mendapat tahu kehilangan Mak Cik Lucy selepas menerima sepucuk surat dari Reverend Mother (lakonan Olivia Colman), seorang biarawati yang menjaga Home for Retired Bears. Surat itu menceritakan kerinduan Mak Cik Lucy terhadapnya.

No Image Caption

Surat tersebut menjadi titik tolak buat Paddington yang masih setia ditemani keluarga Brown, melalui pengembaraan penuh cabaran ke hutan Amazon yang mempersonakan.

Secara asasnya, siri ketiga ini menyaksikan Dougal Wilson diberikan kepercayaan selaku pengarah selepas Paul King mengarahkan dua siri sebelum ini.

Hanya watak Mary Brown yang sebelum ini dijayakan oleh aktres hebat bernama Sally Hawkins bertukar peranan dan kini peranan itu telah diambil alih Emily Mortimer, manakala pelakon lain masih kekal iaitu Hugh Bonneville (Henry Brown), Julie Walters (Mrs. Bird), Madeleine Harris (Judy Brown), Samuel Joslin (Jonathan Brown) dan Ben Whishaw (suara Paddington).

Bagi anda yang setia mengikuti kisah Paddington sejak filem pertama, maka anda tidak patut melepaskan siri ketiga filem ini.

Paddington masih mengekalkan sikap sopan, baik hati, optimis dan penuh kasih sayang.
Paddington masih mengekalkan sikap sopan, baik hati, optimis dan penuh kasih sayang.

Mengapa? Kerana Paddington in Peru masih digarap dengan sebuah kisah melucukan, aksi bersahaja Paddington yang lurus tetapi penuh kasih-sayang bersama keluarga Brown yang mempunyai 1,001 ragam.

Artikel Berkaitan:

Sejujurnya, penulis merasakan Mortimer tidak dapat menandingi emosi yang ditinggalkan Hawkins sebelum ini, tetapi masih berjaya berkongsi rasa kasih sayang itu dengan penonton. Sementelah si suami yang masih lagi kekal dengan aksi lurus tetapi mencuit hati.

Kemuculan Antonio Banderas menjadi antara tarikan dalam Paddington in Peru.
Kemuculan Antonio Banderas menjadi antara tarikan dalam Paddington in Peru.

Walaupun ia tidak dapat menandingi unsur komedi dalam dua filem terdahulu, penulis melihat Paddington in Peru ini memberi sajian yang lebih segar menerusi elemen aksinya.

Ditambah pula dengan visual hutan Peru yang berwarna-warni, menjadikan garapan ketiga ini berbeza dan lebih segar.

Bagi anda yang tidak pernah menonton Paddington sebelum ini, jangan bimbang kerana Wilson berjaya menggarap sebuah cerita yang mesra dengan penonton baru.

Pendek kata, anda tidak pernah mengetahui latar belakang Paddington untuk jatuh hati dengan beruang comel itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!