Serangan udara tanpa henti Israel: 46 kanak-kanak, wanita Palestin terbunuh

Sekurang-kurangnya 73 rakyat Palestin terbunuh di Gaza dalam serangan udara tanpa henti Israel selepas pengumuman gencatan senjata. Foto AFP
Sekurang-kurangnya 73 rakyat Palestin terbunuh di Gaza dalam serangan udara tanpa henti Israel selepas pengumuman gencatan senjata. Foto AFP
A
A
A

DEIR AL-BALAH - Sekurang-kurangnya 73 rakyat Palestin termasuk 21 kanak-kanak dan 25 wanita dilaporkan terbunuh di Gaza dalam serangan udara tanpa henti Israel selepas pengumuman gencatan senjata.

Memetik laporan AlJazeera, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membatalkan undian kabinet mengenai perjanjian gencatan senjata kerana mendakwa Hamas memungkiri beberapa syarat dalam perjanjian terbabit.

Bagaimanapun, Pegawai Hamas, Izzat al-Risheq menafikan semua tuduhan dan menegaskan bahawa mereka telah mematuhi semua syarat dalam perjanjian yang dirundingkan di Doha, Qatar.

Peperangan Israel di Gaza telah membunuh sekurang-kurangnya 46,788 rakyat Palestin dan mencederakan 110,453 sejak 7 Oktober 2023.

Sekurang-kurangnya 1,139 orang terbunuh di Israel semasa serangan pimpinan Hamas dan lebih 200 ditawan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!