Menara KL bertukar hijau tanda masuk waktu Maghrib, Isyak

Menara KL akan disinari cahaya hijau bagi menandakan masuknya waktu Maghrib dan Isyak.
Menara KL akan disinari cahaya hijau bagi menandakan masuknya waktu Maghrib dan Isyak.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Menara Kuala Lumpur (KL) akan disinari cahaya hijau untuk menandakan masuknya waktu Maghrib dan Isyak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nazli Saad berkata, inisiatif itu merupakan idea tercetus secara spontan selepas kerjasama dengan Media Prima Berhad untuk video rakaman azan terbaharu yang dilancarkan.

"Terinspirasi dengan itu, Menara KL memperkenalkan pencahayaan hijau ini sebagai peringatan masuknya waktu solat. Ia sekali gus sebagai usaha untuk mendekati komuniti setempat, " katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kerjasama yang terjalin bersama rakan media itu mencerminkan komitmen bersama dalam mempromosikan nilai-nilai positif dan mengukuhkan perpaduan.

"Pencahayaan hijau ini adalah cara yang ringkas tetapi bermakna untuk memberi inspirasi kepada refleksi dan menggalakkan kebersamaan dalam komuniti kita.

"Inisiatif ini mengukuhkan dedikasi Menara KL dalam menyumbang kepada masyarakat dengan menyokong program-program yang memupuk perpaduan budaya dan sosial," katanya.

Sepanjang tahun ini, Menara KL telah merancang beberapa program bersama masyarakat antaranya Majlis Cerapan Rasmi Anak Bulan Ramadan dan Syawal, Pertandingan Memasak Bubur Lambuk 2025 serta Sesi Iftar Dari Dapur TEMU bersama anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan semasa Ramadan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!