Gencatan senjata: Hamas puji sokongan Malaysia semasa krisis Gaza

GAZA - Kumpulan pejuang Hamas mengumumkan jasa dan sikap terhormat Malaysia bersama negara lain yang menyokong Palestin ketika diasak konflik bersenjata dan perang genosid tidak akan dilupakan.
Anggota Biro Politik Hamas, Khalil al-Hayya dalam satu sidang media turut mengutuk dan menyifatkan tindakan Genosid oleh rejim Zionis sebagai kelakuan paling kejam dalam sejarah dunia moden.
“Apa yang dilakukan oleh penjajahan (Israel) dan para penyokongnya, daripada perang genosid kejam hingga jenayah menyerupai Nazi, akan terus terukir dalam ingatan rakyat kami dan dunia sebagai salah satu genosid paling kejam dalam era moden.
“Dalam detik bersejarah ini, kami sampaikan kata-kata kebanggaan dan penghormatan kepada rakyat kami di Gaza.
“Pendirian terhormat semua negara yang menyokong kami dalam pelbagai bidang, terutama saudara-saudara kami di Türkiye, Afrika Selatan, Algeria, Rusia, China, Malaysia, dan Indonesia,” katanya pada Rabu.
Pada masa sama, beliau turut menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak akan melupakan sesiapa yang terlibat dalam perang genosid yang dilancarkan ke atas mereka.
Khalil turut menyampaikan penghormatan kepada rakyat Palestin di Gaza yang terus bertahan dalam menghadapi krisis kemanusiaan dan konflik bersenjata yang berlarutan.
“Dalam detik bersejarah ini, kami sampaikan kata-kata kebanggaan dan penghormatan kepada rakyat kami di Gaza,” tambahnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

