Mudahnya rakyat Malaysia tertipu dan diperdaya pakej umrah murah

Penipuan umrah memang selalu berlaku dan pasti akan berulang lagi jika kita tak berhati-hati.
Penipuan umrah memang selalu berlaku dan pasti akan berulang lagi jika kita tak berhati-hati.
A
A
A

MERAK Jalanan kasihan dengan nasib menimpa lebih 300 bakal jemaah umrah yang tak dapat ke Tanah Suci apabila syarikat pengendali pakej ibadah itu gagal menunaikan janji untuk menerbangkan mereka ke sana.

Bayangkan betapa teruja dan gembira mereka nak menunaikan umrah, dengan segala kelengkapan telah siap sedia tapi impian hancur lebur apabila syarikat umrah berdolak-dalik.

Penipuan umrah memang selalu berlaku dan pasti akan berulang lagi jika kita tak berhati-hati. Merak Jalanan tak nafikan ada juga syarikat umrah yang bagus dan sangat menjaga kebajikan bakal jemaah, malah tak pernah menimbulkan masalah.

Namun, disebabkan ada segelintir agensi umrah yang lebih peduli dengan wang jemaah, maka sedikit sebanyak tercemar juga imej syarikat umrah yang lain.

Ada yang mengambil kesempatan jual pakej umrah tak masuk akal sehingga terbukti pakej tersebut tak dapat ditunaikan seperti dijanjikan. Ada sahaja masalah yang timbul bermula dengan tiket penerbangan, visa, hotel dan sebagainya.

Tak baik menganiaya bakal jemaah umrah atas tiket agama tetapi pada masa sama, orang ramai pun kenalah beringat sama. Janganlah mahu yang murah semata-mata tanpa memikirkan logik akal.

Kalau hotel lima bintang dan dekat, penerbangan terus, pakej 10 malam tapi tawar harga RM6,000 dah tentulah tak munasabah. Tapi begitulah, masih ada terpedaya, apatah lagi jika promosi pula sangat gah melibatkan artis dan pempengaruh. Nampak begitu meyakinkan.

Nasihat Merak Jalanan kepada sesiapa yang nak pergi umrah, rajin-rajinlah selidik syarikat yang dipilih, baca komen review sama ada di laman web atau platform sosial media mereka. Pilihlah agensi umrah yang telah terbukti memberikan khidmat cemerlang.

Artikel Berkaitan:

Bukan mudah nak kumpul duit beribu-ribu tetapi kemudian lebur begitu sahaja. Jika diganti semula duit yang ditipu, syukur alhamdulillah tetapi bagaimana pula jika wang ‘hangus’ begitu sahaja.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!