Ditipu syarikat umrah, keperitan dialami jemaah

KEPERITAN yang dialami oleh jemaah umrah akibat penipuan biasanya melibatkan masalah seperti tiket umrah, penginapan tidak disediakan, atau penerbangan yang dibatalkan.
Penipuan seperti ini menyebabkan jemaah terpaksa menanggung kerugian besar serta mengalami kesukaran untuk mendapatkan pembelaan atau ganti rugi.
Bagi mengelakkan perkara ini, penting bagi jemaah membuat penyelidikan teliti mengenai agensi umrah yang mereka pilih dan memastikan ia berdaftar dengan pihak berkuasa secara sah.
Selain itu, jemaah boleh membuat aduan kepada pihak berwajib jika terjebak dalam situasi penipuan.
Baru-baru ini, lebih 300 jemaah umrah terkandas apabila mereka dijanjikan untuk diterbangkan ke tanah suci namun ditunda syarikat pengendali umrah.
Salah seorang jemaah yang ingin dikenali sebagai Ida mendakwa hanya diberitahu penangguhan tersebut pada petang Ahad.
Menurutnya, alasan yang diberikan oleh pihak syarikat adalah hotel penginapan telah dibatalkan oleh pihak Arab Saudi.
Sementara itu, seorang warga emas meluahkan rasa kecewa apabila ditipu syarikat pengendali umrah.
Luah Maimun Sarajul, 60, selama 15 tahun dia ikat perut dengan hanya makan nasi berlaukkan bawang dan garam bagi menunaikan hajat mengerjakan ibadat umrah, tetapi akhirnya ditipu oleh syarikat pengendali umrah,
Ujarnya, wang yang dikumpul tersebut adalah merupakan sumbangan bantuan daripada Baitulmal berjumlah RM400 sejak 2009.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!